Sukan Hari Ini

Kem Manchester City korban cuti Krismas

TIADA istilah cuti sempena Krismas mahupun masa untuk dihabiskan bersama keluarga buat pasukan Manchester City.

Pengendali City, Pep Guardiola berkata, itu pengorbanan yang terpaksa dilakukan bagi memastikan mereka bersedia 100 peratus menjelang perlawanan menentang Hull City pada saingan Liga Perdana Inggeris, Selasa ini.

Guardiola berkata, beliau sudah berbincang dengan semua pemainnya sebelum mengambil keputusan.

“Kami tetap meneruskan latihan seperti biasa.

“Kami akan berangkat ke Hull dengan menaiki bas pada 26 Disember.

“Ini tahun pertama saya di sini, dan semua pemain memahami dan setuju dengan keputusan dibuat. Kami perlu kekal fokus bagi memastikan misi City tercapai,” katanya.

Mengulas kekuatan Hull, Guardiola berkata : “Mereka bermula agak baik. Sudah tentu situasi itu tidak bagus, saya sudah kerap menyaksikan perlawanan dan mereka adalah pasukan yang istimewa.”

City ketika ini berada di tangga ketiga liga dengan mengumpul 36 mata, dibezakan tujuh mata dengan pendahulu, Chelsea.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");