Berita Hari Ini

Kementerian WP lulus lebih 1,200 permohonan PPR

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan telah meluluskan 1,275 permohonan untuk mendapatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dari tahun 2014 sehingga November lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan menterinya Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata kelulusan itu melibatkan sembilan kawasan Parlimen di sekitar ibu negara.

Parlimen Bandar Tun Razak mencatatkan jumlah permohonan tertinggi iaitu sebanyak 591 unit diikuti Parlimen Setiawangsa (351 unit), Parlimen Batu (144 unit) Cheras (72 unit), Lembah Pantai (70 unit), Wangsa Maju (25 unit), Titiwangsa dan Seputeh masing-masing lapan unit dan Kepong (enam unit),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata jumlah pemohon yang menolak tawaran PPR pula hanya melibatkan 76 permohonan dan antara alasannya kerana kawasan persekolahan anak pemohon di kawasan perumahan baharu jauh berbanding kawasan sedia ada.

“Faktor lain meliputi kesihatan pemohon atau anggota keluarga yang perlu berulang alik ke hospital untuk rawatan, unit PPR yang ditawarkan kepada orang kelainan upaya (OKU) berada di tingkat tinggi dan kesukaran pemohon untuk membayar deposit perumahan serta bertukar alamat atau gagal dihubungi,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani mengenai jumlah tawaran penerima PPR yang diluluskan mengikut lokasi dan kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan dan alasan menolak permohonan PPR.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");