Berita Hari Ini

Kepimpinan sedia ada terlalu longgar

MELAKA – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) negeri Melaka menganggap kepimpinan sedia ada pada masa kini terlalu longgar apabila banyak ruang-ruang yang merugikan orang-orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Rahman Palit mendakwa beberapa perkara di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia yang menyentuh soal kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera gagal diikuti sepenuhnya.

Menurutnya yang juga bekas Adun Kuala Linggi, di dalam artikel tersebut menjelaskan kerajaan perlu melindungi kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera berkaitan soal pemberian biasiswa, danasiswa, keistimewaan pendidikan, latihan atau kemudahan khas lain.

“Kepimpinan kita terlalu longgar dan banyak ruang-ruang yang merugikan orang-orang Melayu dan Bumiputera. Kita mahu kerajaan mengikut apa yang ada di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia iaitu memulangkan semula hak-hak biasiswa kepada pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera seperti yang terkandung dalam artikel tersebut.

“Kita tidak mahu pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera yang mendapat tempat di pusat pengajian tinggi (IPT) tetapi diarahkan untuk membuat pinjaman. Kecualilah seseorang pelajar itu tidak mencapai keputusan yang dikehendaki,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Rahman yang baru dilantik sebagai Yang Dipertua Perkasa negeri bagi menggantikan Datuk Noordin Yaani berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Perkasa negeri di Ayer Keroh di sini, hari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");