Jenayah

Kes tembakan rambang, reman pengawal peribadi disambung

GEORGETOWN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan tempoh reman terhadap suspek utama kes tembakan rambang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Khamis lalu disambung tujuh hari lagi.

Perintah menyambung tempoh reman terhadap suspek lelaki berusia 37 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Ahmad Tajudin Zain.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek lelaki berusia berusia 32 tahun dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai baju lokap itu tiba di mahkamah dengan menaiki van polis, pada jam 10.30 pagi.

Dalam kejadian jam 7.30 malam Khamis lalu, tiga lelaki termasuk seorang ahli perniagaan Datuk Ong Teik Kwang, 32, maut manakala lima yang lain cedera dalam kejadian tembakan rambang di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");