Berita Hari Ini

Ketepikan Fahaman Politik Untuk Bantu Mangsa Banjir – Tengku Abdullah

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihatkan pemimpin parti politik agar mengenepikan sebarang fahaman politik dalam usaha membantu mangsa banjir jika musibah itu berlaku berikutan musim tengkujuh ketika ini.

Tengku Abdullah bertitah, pengalaman berdepan bencana banjir sebelum ini menunjukkan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan berpolitik untuk meraih populariti sehingga menyebabkan mangsa banjir tidak mendapat bantuan sepatutnya.

“Beta menerima aduan daripada mangsa dalam kejadian banjir sebelum ini, di mana mereka menghadapi masalah semasa pendaftaran di pusat bantuan.

“Beta menitahkan agar pihak atau agensi yang terlibat berlaku ikhlas untuk berkhidmat membantu mangsa banjir.

“Kita mesti ada semangat kemanusiaan apabila berlaku sebarang musibah, jangan terlalu berlebih-lebih dalam berpolitik. Kita sudah muak,” titah baginda kepada pemberita selepas mendengar taklimat persediaan menghadapi banjir di Wisma Seri Pahang di sini pada Jumaat.

Sehubungan itu, Tengku Mahkota Pahang mengingatkan bahawa mangsa terlalu banyak menderita kerana terpaksa meninggalkan harta benda dan rumah mereka, sekali gus pihak berwajib tidak boleh mengabaikan mereka.

“Beta berpuas hati dengan persiapan menghadapi banjir tetapi jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam pelaksanaannya.

“Banyak perkara boleh berlaku ketika menghadapi musibah banjir, sebagai contoh, penutupan jalan akibat ditenggelami air atau tanah runtuh boleh menjejaskan penghantaran logistik ke pusat bantuan,” titah baginda.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");