Sukan Hari Ini

Khyril mahu bina reputasi

Kuala Lumpur: Selepas hampir empat musim tidak merasai bahang beraksi di saingan lebih kompetatif di Liga Super sejak 2013, bekas penyerang Kedah dan Harimau Malaysia Khyril Muhymeen Zambri mahu kembali membina reputasi bersama kelab baharu, PKNS FC.

Khyril, 29, yang pernah mengecapi kemuncak karier ketika mewakili skuad Helang Merah dengan menjulang kesemua kejuaraan domestik dari 2005-2014 selain Piala AFF 2010 bersama pasukan kebangsaan berazam membantu anak buah E Elavarasan menjulang satu piala musim ini.

“Sasaran peribadi saya sudah pasti mahu memastikan PKNS meraih sekurang-kurangnya satu piala dan kekal dalam Liga Super musim 2018 nanti.

“Usia hanya pada angka, saya percaya kudrat dan pengalaman ketika di zaman kemuncak digunakan sebaiknya membantu pasukan.

“Saya yakin dengan persediaan rapi pihak pengurusan, kami boleh mencapai sesuatu sekali gus tampil pencabar kuat kepada pasukan lain,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Kompleks Sukan PKNS, di Kelana Jaya.

Khyril yang memiliki skil individu menarik selain ketenangannya ketika berada di depan gol sering mendatangkan ancaman besar dan bahaya kepada benteng pertahanan lawan hingga dianggap antara penggempur terbaik negara.

Begitupun, keputusan pemain berkaki kidal itu menyertai Negeri Sembilan pada musim 2015 dalam saingan Liga Perdana umpama mimpi ngeri baginya apabila ditimpa kecederaan hamstring yang memaksa Khyril berehat panjang.

Namun pada musim berikutnya, dia mengambil keputusan berani apabila memilih untuk bermain dalam Liga FAM dengan menyarung jersi pasukan AirAsia Allstars (kini Petaling Jaya Rangers) selama semusim.

Jelasnya, walaupun kualiti saingan divisyen tiga negara (Liga FAM) itu agak rendah, sedikit sebanyak ia berjaya membina keyakinannya untuk kembali bersinar dalam Liga Super musim depan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");