Jenayah

Kilang IKS musnah terbakar

Puchong: Kilang industri kecil dan sederhana (IKS) memproses minuman kacang soya musnah dalam kebakaran di Taman Industri Pusat Bandar Puchong, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, api dikatakan bermula dari bahagian belakang kilang berkenaan dipercayai akibat litar pintas.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.41 pagi dan mengerahkan dua jentera serta 19 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, hampir 50 peratus bahagian belakang kilang dua tingkat itu musnah dan operasi pemadaman segera dilakukan bagi mengawal api daripada terus merebak ke premis bersebelahan.

“Api berjaya dikawal pada 11.21 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya, 12.18 tengah hari tadi.

“Tiada mangsa terbabit dalam insiden ini dan pihak forensik bomba masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca dan jumlah kerugian,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");