Sukan Hari Ini

Kim Swee tenang rencana persiapan 2017

Kuala Lumpur: Di sebalik dihimpit dengan desakan untuk melepaskan jawatan, pengendali Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee (gambar) tetap tenang merencana perancangan pasukan bagi mengharungi saingan lebih mencabar tahun depan.

Tumpuan pengendali berusia 46 tahun itu sudah pasti terarah kepada kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 yang akan bermula pada 28 Mac 2017.

Bahrain, Fiji dan China antara senarai awal bagi aksi persahabatan antarabangsa pertama untuk Kim Swee menguji anak buahnya pada 21 atau 22 Mac selepas mereka tersingkir di peringkat kumpulan Piala AFF bulan lalu.

“Kemungkinan besar kami akan mengadakan sekurang-kurangnya empat perlawanan persahabatan sebagai persiapan sepanjang kelayakan Piala Asia berlangsung.

“Kami juga mempunyai dua atau tiga pasukan yang ingin bermain dengan kita terutama Bahrain, Fiji dan China,” katanya yang ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala SuperMokh 2016 kelmarin.

Bagaimanapun, Kim Swee menyatakan pasukan yang akan dihadapi dalam perlawanan persahabatan itu bergantung kepada hasil undian kelayakan pada 23 Januari depan.

Pelbagai pihak melahirkan rasa tidak puas hati dengan persembahan Harimau Malaysia yang gagal mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir Piala AFF buat kali pertama sejak 2008.

Mereka turut menuntut perubahan dilakukan dalam skuad kebangsaan dengan memanggil lebih ramai muka baharu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");