Panasnya Hari Ini

‘Kit Siang Perlu Berhenti Berpura-pura Tanya Soalan’

KUALA LUMPUR : Lim Kit Siang perlu berhenti daripada berpura-pura bertanyakan soalan kerana pemimpin DAP itu sebenarnya ingin membuat kenyataan dan tuduhan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, Ahli Parlimen Gelang Patah itu membuat tuduhan dalam bentuk soalan bagi mengelakkan dirinya dikecam.

“Lim Kit Siang telah mengemukakan banyak soalan kepada saya, sehingga sekarang sebanyak 35 soalan. Bagaimanapun, ianya adalah kenyataan dalam bentuk soalan.

“Ini adalah taktik biasa untuk membuat kenyataan yang kelihatan ianya seperti soalan untuk menyebabkan orang yang beliau tanya itu tidak mempunyai ruang untuk memberi jawapan,”katanya menerusi blog beliau, hari ini.

Berikutan itu, Salleh menyarankan agar Kit Siang terus membuat kenyataan secara berterus terang.

“Kenapa perlu berpura-pura beliau bertanya soalan sedangkan beliau bukannya bertanya? Beliau membuat tuduhan.

“Bagaimanapun, bagi mengelak sebarang tuduhan palsu, beliau menjadikan kenyataan itu sebagai soalan untuk mempertahankan diri daripada membuat tuduhan palsu, sebaliknya hanya bertanya,”katanya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, semua ‘soalan’ itu telah dijawab oleh ahli Kabinet yang lain.

Walaupun telah dijawab, kata Salleh, Kit Siang terus berpura-pura tidak mengetahuinya walaupun beliau telah mengetahui jawapannya.

“Kit Siang perlu berhenti daripada bertanyakan soalan-soalan ini kerana beliau sudah tahu jawapannya. Berhenti berpura-pura bertanyakan soalan sedangkan hakikatnya beliau membuat tuduhan.

“Ini sangat membuang masa dan bertujuan untuk mengalihkan perhatian kita dari isu yang lebih penting seperti siapakah pilihan Pakatan Harapan untuk menjadi Perdana Menteri,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");