Panasnya Hari Ini

Kit Siang Terharu Diberi Jawatan Perdana Menteri

Foto :- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR : “Saya berasa terharu dipuji kerana buat pertama kali saya diberikan jawatan Perdana Menteri walaupun dalam tempoh 51 tahun, tidak pernah terlintas mahu menjadi perdana menteri Malaysia,”kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Gelang Patah itu menafikan dakwaan senarai bakal Kabinet sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum yang akan datang.

Senarai Kabinet itu viral di media sosial selang dua hari selepas Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang menjadi medan untuk pemimpin dan perwakilan UMNO ‘menyerang’ DAP dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik laporan Free Malaysia Today, selain Lim yang memegang jawatan Perdana Menteri, Dr Mahathir pula dilantik menjadi timbalannya.

Lim juga turut memegang jawatan Menteri Kewangan manakala menteri di Jabatan Perdana Menteri pula dipegang oleh Lim Guan Eng dan Teresa Kok memegang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sementara itu, pemimpin Pakatan Harapan yang lain seperti Rafizi Ramli diberikan jawatan Menteri Pelancongan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diberikan jawatan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Khalid Samad dari AMANAH diberikan jawatan Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Sejarah.

Lim berkata, dalang di sebalik senarai itu meneruskan ‘pembohongan’ yang disifatkan sebagai satu serangan besar terhadap DAP berdasarkan kaum dan agama.

“Senarai palsu Kabinet Pakatan Harapan itu bertujuan memperkukuhkan pembohongan besar UMNO dan propagandanya menyemai kebencian terhadap DAP,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");