Sukan Hari Ini

Klopp enggan belanja besar

London: Pengurus Liverpool Juergen Klopp mungkin tidak akan berbelanja besar bagi mendapatkan pemain baharu bulan depan walaupun beberapa anak buahnya dilanda kecederaan manakala Sadio Mane pula bakal beraksi di Piala Negara-Negara Afrika.

Liverpool yang akan melayan kunjungan Stoke City, awal pagi Rabu, berdepan sedikit masalah apabila beberapa pemain utama mereka masih belum cergas sepenuhnya.

Kecederaan betis penyerang Daniel Sturridge masih belum sembuh sepenuhnya dan pemain pertahanan Joel Matip pula masih dibelenggu kecederaan pergelangan kaki. Pemain tengah Philippe Coutinho turut berdepan masalah sama dan dijangka tidak sempat pulih untuk bermain menentang Manchester City pada 31 Disember.

“Saya sudah cukup gembira dengan pasukan ini. Kami masih mempunyai pilihan,” kata Klopp.

“Saya berani katakan bahawa kami tidak mahu menggunakan wang untuk menarik pemain… Kami sudah pun mempunyai pemain yang hebat dan jika ada pemain lain yang mahu menyertai kami, silakan.”

Klopp tegas mengatakan bahawa Liverpool tidak akan bergelut dengan ketiadaan Mane yang akan menyarung jersi kebangsaan Senegal pada saingan Piala Negara-Negara Afrika di Gabon, bulan depan.

“Kami sudah mengetahui perkara itu sejak Sadio datang ke kelab kami. Ia sebahagian daripada perjanjian,” katanya. “Kami masih boleh mengamalkan corak permainan lain kerana pemain kami boleh diharapkan.”

Liverpool yang sebelum ini mengalahkan Everton, akan melayan kunjungan Manchester City selepas bertemu Stoke dan Klopp tidak sabar menanti perlawanan itu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");