Sukan Hari Ini

Klopp tetap tenang

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp tidak melenting sekali pun pasukannya tumpas mengejut kepada Bournemouth, kelmarin.

Bagi Klopp, tiada sebab untuk pasukannya mula panik walaupun melepaskan tiga gol dalam tempoh 14 minit untuk kehilangan kelebihan 3-1 apabila tewas 3-4.

“Tiada pemain yang terus dilahirkan sebagai pemenang. Anda perlu belajar untuknya. Memang ia berjalan kurang baik ketika ini tetapi kadang-kala kita memerlukannya.

“Jadi, saya tidak berang dengannya. Perkara ini sentiasa berlaku dan juara bukannya ditentukan pada Disember. Saya berani berkata sebelum ini kami berada pada tahap 100 peratus. Kini hanya 99 peratus. Tetapi ia agak mudah untuk kami kembali pada 100 peratus,” katanya,

Pada masa sama, Klopp enggan menyalahkan penjaga gol Loris Karius yang gagal menahan kemas percubaan jauh Steve Cook untuk memberikan gol kemenangan buat Nathan Ake sekaligus dikritik hebat bekas tonggak Liverpool, Jamie Carragher.

“Saya tidak berasa bimbang, Tiada masalah. Jika anda membuat kesilapan anda akan dikritik.

“Ia memang lumrah kehidupan. Saya pasti Carragher juga tidak terlepas daripada dikritik sewaktu kariernya dulu,” ujarnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");