Jenayah

Korban pertama ditemui

JAKARTA, INDONESIA: Pihak berkuasa Indonesia semalam, menemui mayat pertama nahas pesawat polis yang terhempas di perairan Pulau Lingga, Kepulauan Riau.

Menurut jurucakap polis, Komisioner Saptono Erlangga dalam satu kenyataan, mayat ditemui Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) sekitar jam 5.55 petang (waktu tempatan) kelmarin dan akan dibawa ke Batam untuk dikenal pasti.

“Pencarian bagaimanapun terpaksa dihentikan sementara kerana cuaca buruk dan hari semakin gelap,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kepulauan Riau, Sam Budgusdian memberitahu, anggota penyelamat juga telah menurunkan pasukan penyelam untuk membantu mencari mangsa nahas di dasar laut.

“Serpihan masih dapat dilihat di permukaan laut di sekitar lokasi pesawat terhempas kelmarin, namun semalam semuanya tidak kelihatan dan kami memutuskan untuk menurunkan pasukan penyelam,” katanya.

Kelmarin, pesawat M28 Skytruck membawa 13 orang dari Pangkal Pinang ke Batam terputus hubungan kira-kira 50 minit selepas berlepas sebelum dilaporkan terhempas sekitar jam 10 pagi. – Antara News

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");