Perak Hari Ini

KPTSYB Sekali Lagi Cipta Nama Di MBOR

IPOH :Kumpulan Pengakap Terbuka Shiang Yang Bercham (KPTSYB) sekali lagi mencipta rekod dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya membina Stuktur Perintis Pengakap Terpanjang di negara ini.

Struktur yang menggunakan kayu bakau dan buluh itu dibina sepanjang 80 meter dengan tinggi 16 meter di Taman Rekreasi Kampung Baru Bercham.

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Perak, Voon Yeow Hong berkata, struktur tersebut telah menggunakan sekitar 1,600 kayu bakau dan buluh sejak penghujung November lalu.

“Struktur ini dibina oleh sekitar 36 ahli pengakap yang terdiri daripada pelajar sekolah pada setiap hujung minggu bermula dari penghujung November lalu.

“Pembinaan struktur ini agak unik kerana ianya tidak menggunakan peralatan moden seperti paku, sebaliknya hanyalah ikatan yang ketat,”katanya ketika ditemui hari ini.

Penyampaian sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh wakil MBOR, T Lavnesh dan disaksikan oleh Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang turut dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Perak, Ahmad Azam Shah Abd Majid.

Penyampaian sijil pengiktirafan itu turut disaksikan lebih dari 1,000 ahli pengakap dari seluruh negara termasuklah ahli pengakap dari Brunei, Singapura, Jepun dan Taiwan yang menyertai ‘The 3rd National dan 1st International Scouting Skills Competition’.

Voon yang juga pengarah projek berkenaan turut berkata, kos keseluruhan untuk membina struktur tersebut ialah sekitar RM24,000 dan dana itu diperolehi dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh KPTSYB.

“Sewaktu proses pembinaan, pelajar-pelajar ini akan dipantau dan diberi tunjuk ajar oleh pengakap yang lebih berpengalaman,”katanya.

Sebelum ini, KPTSYB telah mencipta dua rekod iaitu Struktur Sarang Burung Perintis Pengakap Terbesar dan Menara Pengakap Tertinggi di Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");