Berita Hari Ini

Krisis Rohingya Jadi Isu Antarabangsa – Wisma Putra

PUTRAJAYA: Malaysia berhak memastikan Myanmar mengambil langkah proaktif dalam menangani krisis kekejaman terhadap etnik Rohingya daripada menjadi lebih teruk.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata dalam konteks ini rakyat Malaysia dibenarkan untuk menyertai Perhimpunan Solidariti yang dijadualkan pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, amalan pembersihan etnik Rohingya mesti dihentikan dengan serta merta dalam usaha menggembalikan semula keselamatan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara.

Kenyataan itu turut dikeluarkan untuk menyangkal komen dibuat Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay.

“Malaysia sedia maklum tentang prinsip-prinsip pembentukan ASEAN, selaku negara pengasas organisasi serantau itu,” katanya.

Tambah kenyataan itu, dengan bilangan warga Rohingya yang tinggi di Malaysia, melibatkan kira-kira 56,000 orang dan ratusan ribu lagi rakyatnya di negara-negara jiran lain bermakna ia bukan lagi suatu masalah dalaman, sebaliknya masalah antarabangsa.

“Hakikatnya, apabila hanya satu etnik tertentu diusir keluar, mengikut definisi, ialah pembersihan etnik,” katanya.

Wisma Putra berkata, Malaysia tidak perlu mengingatkan U Zaw Htay tentang krisis bot hanyut pada 2015 yang akhirnya menjadi isu serantau dengan negara-negara jiran Myanmar terpaksa menanggung beban negara itu.

“Adalah dengan itu, Malaysia telah berkali-kali menawarkan bantuan kepada kerajaan Myanmar dalam mencari penyelesaian bagi mencari penyelesaian segera yang adil dan berpanjangan terhadap isu penindasan Rohingya di utara Rakhine.

“Ini selari dengan kedudukan Malaysia bahawa ia bukan isu agama tetapi keprihatinan terhadap nilai kemanusiaan,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");