Isu Panas

Kritik Agong: Adili dahulu Mohd Faiz, kata Mat Sabu

SHAH ALAM – Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan prinsip keadilan Islam perlu diambil kira dalam mengadili kes Mohd Faiz yang didakwa mengkritik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Kata Mohamad yang lebih mesra disapa Mat Sabu, keadilan Islam meletakkan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dirinya dibuktikan bersalah.

“Ia terpakai dalam semua keadaan dan semua orang termasuk kepada bukan Islam.

“Dalam isu Mohd Faiz, kita melihat komen dan tuduhan dilemparkan terhadap beliau di media-media sosial seolah-olah beliau telah bersalah sedangkan beliau belum diadili,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, Mohd Faiz juga sudah memohon maaf di atas keterlanjuran tulisannya itu.

“Bagi Amanah, jika Mohd Faiz dihadapkan ke mahkamah, saya harap peguam-peguam dari Biro Undang-undang Amanah (kanun) akan memainkan peranan dan pembelaan sebaiknya kepada beliau.

“Semoga keadilan dan kesejahteraan dapat ditegakkan,” katanya lagi.

Terdahulu sebelum ini, Amanah memaklumkan pihaknya tidak dapat mengenal pasti individu yang mengeluarkan kenyataan di laman sosial mengkritik Yang di-Pertuan Agong.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kritik Agong: Amanah tidak kenal Mohd Faiz]

Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya tidak pernah melihat atau bertemu individu terbabit dan seluruh pimpinan pemuda di setiap kawasan dimaklumkan bagi mengenal pasti lelaki itu.

“Kita dah minta pimpinan pemuda di peringkat kawasan untuk semak siapa individu berkenaan kerana kita memang tak pernah lihat dia sebelum ini. Dan semakan status keahlian individu itu masih dilakukan,” katanya.

Kelmarin, seorang pengguna laman sosial yang dipercayai penyokong Amanah, Mohd Faiz mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Sementara itu dalam posting terbaru di Facebook, Mohd Faiz memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong dan seluruh rakyat Malaysia di atas keterlanjuran kenyataannya itu.

Beliau berkata, tujuannya hanya menyampaikan buah fikiran di media sosial dengan semangat anak muda inginkan perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");