Sukan Hari Ini

Kvitova terharu doa peminat

Republik Czech: Petra Kvitova berterima kasih kepada peminat yang mendoakannya dan memenuhi rumahnya dengan bunga pada hari Krismas berikutan insiden serangan di kediamannya.

Dalam kejadian itu Kvitova ditikam dengan pisau di tangan dan selepas pembedahan, juara dua kali Wimbledon itu sudah mula boleh menggerakkan jari di tangan kirinya.

Terharu dengan kiriman bunga yang memenuhi rumahnya Kvitova menulis di laman Twitternya: “Kiriman cinta dan ciuman untuk Krismas. Terima kasih kerana memenuhi rumah kami dengan bunga.”

Pemain berusia 26 tahun itu tampil di khalayak ramai buat pertama kali Jumaat lalu pada sidang media di Prague selepas keluar dari hospital.

Dia menjalani pembedahan hampir empat jam pada tangan yang digunakannya untuk memegang raket – dan tangannya masih berbalut ketika sidang media berkenaan.

Kvitova berkata: “Saya gembira untuk memberitahu kamu semua yang saya sihat.

Pasukan perubatan, polis, keluarga dan pasukan saya menyediakan sokongan menakjubkan dalam situasi sukar ini.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memainkan peranan penting sepanjang empat hari lalu.”

Kvitova perlu melalui pemulihan yang panjang namun dia menerima khabar positif daripada doktor bedah, yang memaklumkan dia berpeluang untuk bermain semula dalam enam bulan selepas pembedahan yang berjalan tanpa kompilasi.- Agensi/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");