Isu Panas

Lagi gesaan minta Guan Eng cuti sementara

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi disaran bercuti sementara setelah Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tarikh perbicaraan kes rasuah beliau dan ahli perniagaan Phang Li Koon bermula Mac tahun depan.

Timbalan Ketua Pemuda MCA negeri, Ang Chor Keong berkata, Guan Eng perlu berbuat demikian bagi memastikan pentadbiran negeri tidak terganggu dan demi kepentingan rakyat Pulau Pinang.

“Sebelum ini mungkin beliau (Guan Eng) tak perlu ambil cuti, tapi kini mahkamah dah tetapkan tarikh perbicaraan, jadi demi kehendak dan kepentingan rakyat beliau perlu bercuti sementara.

“Tugas ketua menteri berat, ia melibatkan pertumbuhan ekonomi, kebajikan rakyat termasuk kemasukan pelaburan asing,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada 6 Disember lepas mahkamah menetapkan 34 hari bermula 27 Mac 2017 bagi perbicaraan kes rasuah Guan Eng dan Phang berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata, tarikh perbicaraan yang diberikan mahkamah juga tidak boleh dipinda memandangkan ia dipersetujui pasukan pendakwaan dan pembelaan.

Tarikh perbicaraan itu ialah pada 27 hingga 31 Mac, 10 hingga 14 April, 24 hingga 28 April, 15 hingga 19 Mei, 29 Mei hingga 2 Jun, 13 hingga 16 Jun dan 17 hingga 21 Julai tahun depan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");