Berita Hari Ini

Laut Sulu: Perbincangan kerjasama di peringkat akhir

KUALA LUMPUR: Malaysia kini dalam proses akhir perbincangan dengan Indonesia dan Filipina bagi membentuk kerjasama keselamatan di Laut Sulu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerjasama itu penting ke arah memastikan kedaulatan pantai timur Sabah terus terpelihara.

“Usaha ini dilaksanakan kerana kita sedar ancaman keselamatan di lautan tersebut tidak mampu ditangani oleh sesebuah negara sahaja,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Khairudin Samad pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Khairudin ingin tahu langkah-langkah yang telah diambil kementerian dalam menangani ancaman keselamatan dari luar yang mampu menggugat kedaulatan negara.

Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) adalah rangka kerja yang dikongsi antara tiga negara tersebut dalam menyatakan komitmen dan kerjasama berhubung isu-isu seperti maritim, keselamatan dan persempadanan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");