Jenayah

Lelaki belasah guna getah paip ditahan

Georgetown: Polis Pulau Pinang tahan dua lelaki 30-an bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dibelasah dengan getah paip dalam majlis penghormatan terakhir ahli perniagaan, Datuk Ong Teik Kwang yang mati ditembak pengawal peribadinya pada 1 Disember lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, suspek berusia 32 dan 35 tahun itu ditahan Rabu sekitar pusat bandar hasil maklumat awam diterima.

Beliau berkata, sejak kejadian pada 3 Disember lalu, seorang lelaki berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan lelaki berusia 30-an yang ditahan itu dibebaskan dengan jaminan polis.

“Dua lagi suspek yang ditahan akan dibuat permohonan lanjutan tahanan reman selepas tempoh reman berakhir hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");