KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut, manakala dua lagi mangsa parah apabila kereta yang dipandu mereka melalui Jalan Kuching ke Pusat Bandaraya terbabas sebelum merempuh pokok.
Dalam kejadian jam 11.40 malam kelmarin, salah seorang mangsa cedera dan seorang wanita tersepit.
Jurucakap bomba berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.42 malam sebelum 7 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul bergegas ke lokasi kejadian.
“Pihak paramedik membuat pengesahan seorang lelaki dewasa meninggal dunia.
“Operasi menyelamat dilakukan dan kedua-dua mangsa (cedera dan meninggal dunia) yang tersepit berjaya dikeluarkan pada jam 12.12 malam, sebelum diserahkan kepada pihak ambulan,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dan seorang lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
-Sinar Harian