Jenayah

Lelaki maut motosikal langgar pokok

Batu Pahat: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggang merempuh pokok dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Kluang-Batu Pahat, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang, Muhammad Nazri Saadon, 32, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang Honda Wave sedang dalam perjalanan dari bandar ini menghala ke Ayer Hitam.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

“Mangsa cedera teruk di badan dan kepala meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");