Jenayah

Lelaki maut rempuh lori

Pasir Puteh: Seorang lelaki maut selepas keretanya merempuh lori muatan minyak di Kilometer 6.8 Jalan Pasir Puteh-Jelor-Bachok di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu mangsa Muhammad Iskandar Adnan, 20, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Mayat dibawa ke Hospital Tengku Anis di sini, untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, sebelum kejadian lori berkenaan yang datang dari arah Jelor menghala ke Pasir Puteh berhenti untuk mengundur menyimpan minyak di sebuah stor di kanan jalan.

“Bagaimanapun, tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah bertentangan sebelum merempuh bahagian tengah lori itu.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu kereta tersepit.

“Mangsa meninggal di lokasi kejadian akibat parah di kepala ,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");