Jenayah

Lelaki maut selepas motosikal terbabas dalam longkang

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut setelah motosikal yang dinaiki terbabas ke dalam longkang besar di Bandar Utama, di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Mangsa, Chang Cheng Seong, 35, beralamat di Bandar Utama, menunggang motosikal jenis Demak, seorang diri dari arah bandar utama.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Rajab Ahad Ismail berkata, mangsa dipercayai terbabas seorang diri lalu jatuh ke dalam longkang besar sedalam 4.2 meter.

“Dalam insiden berkenaan, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan tidak sedarkan diri. Mangsa kemudiannya dibawa APM (Angkatan Pertahanan Awam) ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

“Namun, lebih kurang jam 8.30 malam semalam, mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Krai akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Tambahnya, bedah siasat akan dilakukan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");