Jenayah

Lelaki nyaris maut, kereta terbabas rempuh pagar

PASIR MAS – Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas dan merempuh pagar kediaman di Kampung Banggol Chicha, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu mangsa, Mohd Bakrudin Ramli, 25, memandu kenderaan menghala ke bandar Pasir Mas.

Sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas.

Mohd Bakrudin tersempit selepas kereta jenis Proton Saga Sedan itu remuk teruk.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Bomba Kanan I, El Taraf Mohd Zachariah berkata, mangsa mengalami kecederaan iaitu patah tangan.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Pihak kami telah menerima panggilan kecemasan pada jam 7.45 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 12 minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk kerja-kerja membantu dan menyelamat mangsa.

Katanya, ketika sampai mangsa didapati berada dalam keadaan tersepit dan mereka berusaha selama lima minit untuk mengeluarkannya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");