Jenayah

Lima tikaman ragut nyawa

Georgetown: Seorang lelaki yang juga pemandu teksi ditemui mati dalam kenderaanya dengan kesan lima tikaman di Kampung Kebun Lama, Jalan Terengganu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mayat Kheng Heo Keong, 56, ditemui di tempat duduk belakang teksinya dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Menurut sumber, pemeriksaan mendapati mangsa ditikam di leher, dada dan juga belakang badan.

“Hasil siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan terbabit.

“Setakat ini, polis masih menyiasat motif kejadian dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");