Sukan Hari Ini
Like

Liverpool tidak rela cicir mata

December 4, 2016
92 Views
0 Comments
50 seconds read
Liverpool tidak rela cicir mata

LIVERPOOL tidak rela untuk kehilangan tiga mata berharga ketika berkunjung ke Dean Court menentang Bournemouth, malam ini.

Penjaga gawang The Reds, Loris Karius menyifatkan kegagalan untuk memungut tiga mata akan memberikan kesan kepada usaha pasukan itu untuk mengejar trofi Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Apabila kami menentang mana-mana pasukan dalam liga, mereka akan menggunakan taktikal bertahan seperti yang dilakukan oleh Southampton dan Sunderland.

“Kami rasa Bournemouth juga akan menggunakan taktikal sama. Ia menyukarkan kami untuk menang, tetapi kami perlu dapatkan tiga mata penting ini,” katanya.

Menurutnya, Chelsea, Manchester City dan Arsenal mempunyai peluang untuk merebut trofi liga musim ini.-sinar harian

Komen & Pendapat

Leave a Reply