Jenayah

Lori bawa asid nitrik bocor

SEREMBAN: Sebuah lori membawa muatan 1,400 kilogram asid nitrik mengalami kebocoran apabila tangkinya retak di Kilometer 249.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), berhampiran Hentian Senawang, di sini, malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Faizal Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.43 malam dan dua pasukan, termasuk Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, pemeriksaan mendapati bahagian atas tangki mengandungi asid nitrik itu retak menyebabkan asid meruap keluar.

“Bagaimanapun, tiada tumpahan berlaku dan bomba mengarahkan pemilik syarikat lori terbabit memindahkan muatan itu ke tangki lain bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, lori itu kemudian dialihkan ke Hentian Senawang, di sini, sementara menunggu penghantaran tangki lain oleh pemilik syarikat terbabit, pagi ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");