Membawang Hari Ini

Luna dakwa dikhianati

Dalam pada sibuk menguruskan perniagaan yang kian berkembang, penyanyi dan pelakon Indonesia, Luna Maya dikatakan kecewa dengan penyanyi dangdut, Ayu Ting Ting.

Luna mendakwa Ayu melanggar kontrak perjanjian perniagaan yang mereka usahakan.

Memetik laporan Detik Hot, Luna turut membatalkan perjanjian berkenaan dan memadam semua gambarnya bersama Ayu di laman Instagram Luna Habit x Ayu Ting Ting.

Laman berkenaan memperkenalkan pelbagai rekaan baju hasil kerjasama Luna dan Ayu.

“Saya sangat sedih apabila perkara ini berlaku. Mungkin betul kata orang, bukan suami isteri saja boleh berpisah, kawan baik dan rakan kongsi niaga pun sama.

“Banyak yang saya belajar daripada kejadian ini dan akan lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya.

Luna berkata, dia rasa dikhianati apabila mengetahui Ayu menandatangani kontrak dengan usahawan lain.

Lebih hampa apabila perkara itu disampaikan orang luar dan bukan daripada mulut rakan kongsinya itu.

Sementara itu, Ayu menjelaskan kontrak yang ditandatangani dengan Luna sudah pun berakhir.

“Saya tidak faham apa yang dimaksudkan Luna kerana kontrak yang kami persetujui bersama sudah lama selesai.

“Saya sudah melakukan promosi seperti yang diminta Luna. Saya tidak faham mengapa dia tuduh saya tidak beretika,” kata Ayu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");