Panasnya Hari Ini

Mahathir Pertahan Kenyataan BR1M Adalah Rasuah

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan beliau berkaitan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan yang dianggapnya sebagai satu bentuk rasuah.

Menyedari ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) marah dengan kenyataan beliau itu, Dr Mahathir berkata, apa yang dinyatakan beliau adalah berdasarkan perkara yang dikatakan seorang penduduk kampung.

“Dia (penduduk kampung) berkata ‘saya akan sokong Najib kerana dia beri saya wang. Mahathir tidak beri saya wang’.

“BR1M adalah wang kerajaan. Jelas sekali ianya bertujuan mendapat undi rakyat untuk parti kerajaan pada pilihanraya ke-13 kerana manifesto BN pada pilihanraya tersebut menjanjikan jumlah BR1M yang lebih besar jika parti kerajaan menang.

“Secara terang ianya berkenaan membeli undi daripada pengundi,”katanya menerusi catatan di blog beliau, pada Jumaat.

Jelas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu lagi, wang BR1M akan disalurkan oleh UMNO sebagai percubaan untuk mempopularkan parti itu.

“Ini politik. Ianya menjadi rasuah apabila diedar hampir kepada tarikh pilihanraya.

“Ianya rasuah jika jumlah yang diberi ditambah dan dimasukkan dalam manifesto parti.

“Ianya tidak menjadi rasuah jika wang tersebut diedar melalui kerajaan atau kesemua ahli Parlimen tanpa mengira parti,”tegasnya.

Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, BR1M bukan hanya satu bentuk rasuah, tetapi ianya juga membentuk budaya rasuah di kalangan rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");