Jenayah

Mahkamah perintah Ku Chin Wah bela diri

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang didakwa dengan sengaja gagal mengisytiharkan segala punca perolehan harta tiga tahun lalu, diperintah bela diri oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Keputusan itu dibuat Hakim Sohaini Alias selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed berjaya membuktikan kes primas facie di akhir kes pendakwaan.

Sohaini juga membenarkan permohonan pendakwaan untuk meminda pertuduhan dengan menambah ‘dengan sengaja’ sebelum ayat ‘telah gagal mematuhi terma notis pendakwaraya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 bertarikh 23 Disember 2013’.

Justeru, Chin Wah yang kini bertugas sebagai Urus Setia JSJ Bukit Aman didakwa gagal mengisytiharkan segala punca perolehan di dalam penyataan bertulis dengan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.

Chin Wah yang diwakili peguam Datuk Geethen Ram Vincent didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Blok D6 Putrajaya antara 23 Disember 2013 dan 21 Januari 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 49(3) AMLATFA yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");