Sukan Hari Ini

Mahu elak diundi bertemu Real Madrid

PENGENDALI Monaco, Leonardo Jardim berharap dapat mengelak daripada bertemu juara bertahan, Real Madrid di peringkat kalah mati saingan Liga Juara-Juara.

Monaco layak ke pusingan seterusnya sebagai juara Kumpulan E, satu mata di depan Bayer Leverkusen, yang turut mara ke kelompok 16 terakhir.

“Semua pasukan dalam peringkat kalah mati akan menjadi sukar untuk ditewaskan.

“Tetapi satu-satunya kelab yang tidak mahu kami hadapi adalah Real Madrid,” katanya selepas perlawanan terakhir menentang Leverkusen, awal pagi semalam.

Perlawanan itu menyaksikan Monaco menelan kekalahan 0-3 yang merupakan kekalahan pertama mereka selepas tiga kali menang dan dua kali seri dalam lima pertemuan sebelum ini.

“Kami kecewa tetapi saya ingin tekankan di sini bahawa kami satu-satunya kelab dari Perancis pada musim ini yang menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku juara,” ujarnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");