Perak Hari Ini

MAIPk Agih Wakaf Saraan Kepada 42 Penerima

IPOH:Sejumlah RM601,799.89 wakaf saraan telah diagihkan kepada 42 penerima manfaat seluruh negeri ini menerusi Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk,Dr. Amiruddin Muhamed, pihak MAIPk selaku pemegang amanah kepada aset wakaf ini akan bertindak membangunkan aset yang diwakafkan itu dan diagihkan semula kepada penerima manfaat.

“MAIPk menguruskan aset wakaf dengan mengagihkan kembali manfaat daripada aset-aset wakaf yang diwakafkan kepada pihak pengurusan,” katanya pada Majlis Penyampaian agihan wakaf saraan MAIPk bagi Zon 1 Ipoh dan bahagian Utara Perak.

Ujarnya lagi, wakaf saraan melibatkan pewakaf individu yang hadir ke MAIPk ingin memberi wakaf aset bagi manfaat sesuatu institusi seperti masjid dalam niat wakaf.

“Sumber itu akan diuruskan oleh MAIPk bagi mengelak fitnah dan kecurigaan pihak luar.

“MAIPk terlibat kerana masjid bukannya satu entiti hidup berikutan jawatankuasa sesebuah masjid juga akan berubah setiap tiga tahun menggelakkan permasalahan dengan pengurusan baharu justeru itu memerlukan perjanjian yang jujur,” katanya.

Sementara itu beliau turut mengakui Waqaf Perak Ar-Ridzuan yang ditubuhkan baru-baru ini telah mendapat sambutan yang cukup mengalakkan apabila berjaya mengumpul sebanyak RM2.9 juta hasil sumbangan pelbagai pihak.

“Wakaf Perak Ar-Ridzuan telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan apabila setakat ini MAIPk telah berjaya mengumpul sebanyak RM2.9 juta meliputi wakaf projek sejak bermula pelancarannya.

“Setiap maklumat boleh diketahui umum menerusi laman portal wakaf Perak Ar- Ridzuan melaporkan sumbangan yang diberikan dan keperluan semasa,”katanya.

Bagaimanapun beliau turut mengakui prestasi zakat telah mengalami penurunan dan tidak mencapai sasaran yang ditetapkan apabila jumlah pemberian zakat dilihat semakin sedikit.

“Berkemungkinan kerana keadaan ekonomi kini dan MAIPk sentiasa giat menjalankan promosi supaya semua tampil mengeluarkan zakat,” katanya.

Bagi tahun ini sahaja katanya jumlah pemohonan zakat adalah sebanyak 66,000 dan manakala yang memerlukan siasatan pihak MAIPk hampir 20,000 pemohonan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");