PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian dua hala mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di sini, hari ini.
Antara lain perjanjian itu memuktamadkan mengenai beberapa aspek termasuk teknikal, keselamatan, komersial, pembiayaan dan rangka kerja perundangan.
Hadir menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong.
Perjanjian itu dimeterai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Abdul Rahman Dahlan manakala Singapura oleh Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur dan Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan di Bangunan Perdana Putra.
Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean.
-Berita Harian