Sukan Hari Ini

Manchester City tambah derita Hull

LONDON: Yaya Toure menyempurnakan sepakan penalti dan Kelechi Iheanacho meledak gol mudah untuk Manchester City dalam kemenangan 3-0 ke atas pasukan bergelut, Hull City yang sekali lagi gagal mengutip mata walaupun bersaing hebat malam tadi.

Hull berjaya menahan asakan City lebih sejam permainan tetapi pertahanan mereka akhirnya dibolosi apabila Raheem Sterling dikasari Andrew Robertson pada minit ke-72 dan Toure membuka jaringan dari titik penalti.

Enam minit kemudian, Kevin De Bruyne yang sebelum itu percubaannya terkena tiang, dan David Silva, bergandingan untuk mencipta peluang mudah buat Iheanacho menambah jaringan yang hanya menolak bola dari jarak dekat.

Gol sendiri dalam masa kecederaan oleh pemain pertahanan, Curtis Davies menambah derita Hull yang kini belum mencatat kemenangan liga sejak menewaskan Southampton pada 6 November.

Kemenangan itu meletakkan City di tangga kedua pada 39 mata, tujuh mata di belakang Chelsea. City akan bertandang ke Liverpool pada Tahun Baharu manakala kelab tercorot Hull akan melayan kunjungan Everton Jumaat ini.

“Kami menang tetapi seperti selalu terpaksa bekerja keras untuk mendapatkannya,” kata pengendali City Pep Guardiola.

“Di babak pertama kami terlupa di mana gawang berada. Di babak kedua penyerang kami mula nampak gawang dan selepas gol pertama, ia semakin mudah.” – Reuters

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");