Membawang Hari Ini

Manusia Paling Lucu Dunia pulang ke Malaysia esok

KUALA LUMPUR : Sidang media khas bakal diadakan esok bagi meraikan kemenangan pelawak, pelakon dan pengacara Harith Iskander yang merangkul gelaran juara pertandingan komedi Funniest Person In The World anjuran Laugh Factory.

Pertemuan bersama pihak media itu dijadualkan berlangsung di pejabat Pusat Pelancongan Malaysia (TIC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus selepas ketibaan Harith, 50, dari Finland.

Menerusi pertandingan yang menghimpunkan 88 pelawak seluruh dunia itu, Harith berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM400,000) serta berpeluang mengadakan persembahan jelajah Amerika Syarikat.

Anak seni berdarah campuran Melayu-Inggeris itu mengetengahkan konteks yang mudah difahami penonton, sekali gus melayakkannya menjuarai peringkat akhir ‘Funniest Person In The World’.

Terdahulu, beliau mara ke peringkat separuh untuk ke kemuncak pertandingan di Helsinki, Finland pada 5 Disember lalu.

Finalis lain adalah dari Filipina, – Alex Calleja, Katerina Vrana (Greece), Mino van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).

Pada peringkat pertama, seramai 88 calon awal yang bertanding dari 55 buah negara berentap bagi ke pusingan berikutnya dengan undian dibuka antara 1 September hingga 1 Oktober lalu manakala pengundian memilih juara hanya dibuka selama 24 jam.

Dalam perkembangan terkini, Harith dan penyanyi Adibah Noor bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) yang berlangsung pada 18 Disember ini bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");