SHAH ALAM – Masa depan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal diketahui petang ini berikutan Majlis Tandatangan Perjanjian Persefahaman yang akan diadakan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata segala persoalan mengenai PH dan Bersatu akan dijawab pada petang ini.
“Seramai tujuh wakil dari empat parti iaitu DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bersatu akan hadir bagi membincangkan perkara berkaitan.
“Jika ingin mengetahui apa kata putus, bolehlah menghadirkan diri ke sidang media petang ini,” katanya kepada Sinar Online.
Mesyuarat pertemuan empat parti antara pimpinan tertinggi PKR, Amanah, DAP dan Bersatu akan bermula pada 2.30 petang.
-Sinar Harian