Jenayah

Masih ada suspek diburu

Tanah Merah: Seorang lagi suspek kes tetak hingga mati di Tanah Merah, awal Disember ini, ditahan polis di Besut Terengganu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata suspek berusia 37 tahun ditahan di rumahnya, Jumaat lalu, selepas lebih seminggu diburu.

Katanya, pihaknya percaya tangkapan terbaru itu mampu menyelesaikan kes berkenaan dalam masa terdekat.

“Suspek pertama berusia 30 tahun yang ditahan di Tanah Merah dilanjutkan reman sehingga 17 Disember ini. Suspek kedua pula ditahan reman sehingga 16 Disember mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Baki kumpulan berkenaan sedang giat diburu.

“Pada masa sama, 13 barang termasuk senjata tajam seperti parang, kerambit dan sabit turut dirampas di rumah dan dalam kereta suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penarik kereta maut ditetak enam lelaki bertopeng di Kampung Air Merah, Batu Gajah dekat Tanah Merah.

Mangsa, Allahyarham Wan Ishak Wan Daud, 48, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");