Isu Panas

Mat Sabu: Jangan ikut budaya politik naungan

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) seharusnya mempunyai keazaman dan kemahuan yang tinggi bagi menghapuskan budaya politik naungan (politics of patronage) yang menjadi punca barah dalam arena politik tanah air.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, kepincangan besar yang berlaku dalam tadbir urus negara adalah berpunca daripada amalan politik naungan yang sangat berleluasa khususnya di dalam masyarakat.

“Mereka yang punya wang dan jentera akan lebih mudah meraih kuasa, dan apabila ia (kuasa) telah diraih, maka ia digunakan untuk menguatkan kedudukan ‘naungan’ ini kembali.

“Kitaran ini akan terus membesar tanpa henti sehingga harta negara akan akhirnya berkitar dikalangan golongan ini,”katanya menerusi ucapan pidato sebelum merasmikan Konvensyen Nasional Amanah 2016 yang berlangsung di SACC, hari ini.

Menurut Mohamad Sabu, budaya politik janji manis telah melanda hampir semua parti-parti politik di tanah air tidak kita di peringkat kerajaan persekutuan mahupun di peringkat negeri.

Beliau berkata, Malaysia kini dikuasai oleh golongan kleptokrat yang merompak harta negara dengan jumlah sangat besar bagi kepentingan diri sendiri dan kelompok kecil di sekelilingnya.

“Generasi Malaysia pada hari ini menjadi saksi kepada amalan kleptokrasi yang sedang berlaku dan ia cukup melukakan kerohanian rakyat,”katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu atau lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu memaklumkan bahawa tadbir urus yang baik merupakan tuntutan besar di dalam melaksanakan pentadbiran sesebuah kerajaan.

Ujarnya, antara ciri-ciri tadbir urus yang baik dalam sesebuah kerajaan ialah dengan memelihara keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Namun begitu, perlembagaan dan undang-undang adalah hasil pemikiran manusia dan ia terdedah kepada pelbagai kelemahan serta salah guna.

“Maka, institusi semak dan imbang perlu sentiasa diperkukuh dengan menuntut kepada pengasingan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman,”katanya.

Selain daripada itu, Mat Sabu turut memaklumkan bahawa Amanah bersama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu) akan menubuhkan satu suruhanjaya bebas ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas ini.

Beliau berkata, suruhanjaya tersebut adalah bagi mengambil segala tindakan yang diperlukan berdasarkan beberapa kajian dan siasatan dijalankan oleh Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara(PAC) serta laporan dari jurisduksi negara lain seperti Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura dan Emirates.

“Suruhanjaya ini adalah untuk menarik balik status laporan itu yang diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) disamping mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dalam isu ini.

“Kami mahu aset-aset yang berada di luar negara dikembalikan kepada 1MDB dan rakyat,”katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");