Jenayah

Maut diseret lori sampah

CHERAS: Seorang pekerja kontraktor pembersihan sampah maut selepas diseret dan dihimpit lori sampah di sebuah pangsapuri di Cheras, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, mangsa yang dikenali Nurul Amin Abdul Kajur merupakan warga Myanmar sedang memasukkan sampah ke dalam lori berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, kejadian itu berlaku selepas pemandu lori sampah berkenaan mengundurkan kenderaannya.

Menurutnya, pemandu lori itu sudah menekan brek, namun keadaan jalan yang curam menyebabkan lori itu bergerak ke belakang dan melanggar tong sampah yang dipegang mangsa.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Nadzri berkata, ketika kejadian ada dua lagi pekerja lain di situ sedang memunggah sampah.

“Kita akan ambil keterangan kedua-dua pekerja itu termasuk pemandu lori.

“Lori berkenaan akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");