Jenayah

Maut ditanduk kerbau

Pasir Mas: Warga emas maut ditanduk kerbau peliharaannya di Kampung Kubang Pak Itam, di sini, 3 petang semalam.

Mangsa, Mat Usop Che Ya, 65, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di leher.

Mayat dibawa ke Hospital Pasir Mas sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Isteri mangsa, Fatimah Ibrahim, 57, berkata, suaminya keluar menangkap kerbau yang dipercayai agresif itu untuk dijual, 10 pagi semalam.

“Saya menerima panggilan telefon 3.30 petang oleh penduduk kampung yang memberitahu kejadian yang menimpa suami saya.

“Saya terus ke tempat kejadian dalam jarak tujuh kilometer dari rumah dengan anak lelaki, Ismail Mat Usop, 37, dan mendapati suami saya sudah tiada.

“Arwah mengalami pendarahan yang teruk di bahagian leher dan kepala kerana dipercayai ditanduk kerbau,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");