Jenayah

Maut kereta langgar tiang elektrik

Kuala Kubu Bharu: Seorang pesara wanita maut sejurus kereta dinaiki terbabas melanggar tiang elektrik dan terhumban ke dalam longkang di Jalan Kuala Kubu Bharu-Rasa di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Maimon Jantan, 61, tersepit di tempat duduk belakang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala.

Ketika kejadian, mangsa yang pernah berkhidmat di Klinik Kesihatan Rasa itu mahu pulang ke rumahnya di Kampung Sekolah yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 2.01 petang.

“Sepasukan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dikerahkan dalam operasi membantu menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kereta itu.

“Kami mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, terdapat dua individu lain dipercayai menantu dan cucu mangsa turut berada di dalam kereta itu termasuk seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya .

“Ketiga-tiga mangsa itu dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk tindakan lanjut,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");