Jenayah

Maut lori treler terbabas

TEMERLOH – Seorang pemandu lori sawit maut selepas lori treler dipandu terbabas di selekoh menuju ke Plaza Tol Temerloh dari arah Kuala Lumpur di sini jam 2.40 pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, mangsa dikenali Ahmad Safri Selamat, 29, ditemui tidak sedarkan diri di luar lori treler oleh polis sebaik tiba di tempat kejadian.

Menurutnya, polis menerima maklumat awam jam 2.20 pagi berkaitan sebuah treler terbabas ketika melalui selekoh terbabit.

“Sebaik sampai di tempat kejadian polis mendapati mangsa berada di luar lori treler, siasatan awal mendapati mangsa memandu lori treler dengan muatan kelapa sawit dari arah Kuala Lumpur menuju ke Plaza Tol Temerloh.

“Sebaik tiba di tempat kejadian kenderaan dipandu terbabas melanggar tembok penghadang besi jalan lalu terbalik.

“Tempat kejadian ketika itu kawasan selekoh gelap berlampu dengan permukaan jalan kering,” katanya.

Zundin berkata, sampel darah dan air kencing diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, lori treler terbabit mengalami kerosakan cermin hadapan dan bahagian kiri akibat bergesel dengan penghadang besi jalan.

“Mayat dihantar ke Hospital Temerloh untuk bedah siasat, mangsa beralamat di nombor 44 Felda Triang Satu, Bera mempunyai lesen memandu kelas D dan E,” katanya.

Zundin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");