Jenayah

Maut selepas ziarah orang mati

DUNGUN: Seorang remaja lelaki yang baru pulang dari menziarahi kematian bersama ahli keluarga maut selepas kereta dipandu ayahnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Jenguk Batu-Pasir Raja berhampiran Kampung Pasir Raja dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.20 petang itu, Tengku Asri Tengku Zaida, 14, yang tersepit di dalam kereta Proton Iswara yang remuk teruk tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, sewaktu kejadian, Tengku Asri bersama ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Shukor dekat sini dari menziarahi kematian waris bapanya di Kampung Pasir Raja dekat sini.

“Kereta yang dipandu bapa mangsa, Tengku Zainal Tengku Hamzah, 43, dikatakan cuba mengelak seekor binatang dipercayai lembu lalu terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang berhampiran.

“Separuh badan mangsa yang duduk di tempat duduk belakang terkeluar dari kereta yang terbalik dan remuk tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");