Jenayah

Maut tak sempat elak jengkaut

SABAK BERNAM – Hasrat seorang pembantu kedai yang dalam perjalanan ke tempat kerja untuk mencari rezeki selepas menunaikan solat Jumaat tidak kesampaian apabila menemui ajal dalam kemalangan di Simpang Tiga Pusat Perniagaan Batu 40, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.00 petang itu, mangsa, Mohd Ridzuan Sabli, 27, yang menunggang bersendirian motosikal jenis Yamaha 125 ZR itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kedai barangan aluminium iaitu kira-kira 500 meter dari tempat kemalangan.

Sumber berkata, mangsa berasal dari Kampung Tebuk Berihun tidak sempat mengelak sebuah jenkaut dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun dari arah sama.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, jenkaut itu membelok secara tiba-tiba ke kanan tanpa memberi isyarat menyebabkan mangsa yang berada di belakang jengkaut itu gagal mengawal kenderaannya.

“Mangsa telah membrek motosikalnya, namun tidak dapat mengelak lalu merempuh bahagian belakang jenkaut itu.

“Kesan pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh dan terpelanting kira-kira satu meter dari motosikal yang ditunggang manakala motosikal itu pula mengalami kerosakan di bahagian kiri dan kanannya,” katanya.

Sumber memberitahu, mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian sebelum di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah untuk bedah siasat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Azman Abd Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian.

Kes kemalangan itu dikendalikan Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Amalina Abdul Hamid dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");