Jenayah

Maut tersepit mesin pemotong besi

Kuantan: Pekerja kilang besi buruk maut selepas tersepit ke dalam mesin pemotong besi di Bukit Pengorak, Gebeng, 3.45 petang semalam.

Dalam kejadian itu mangsa yang juga lelaki warga Indonesia berusia 28 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa sedang melakukan kerja pemotongan besi sebelum baju dipakai lelaki berkenaan ditarik mesin itu menyebabkan mangsa tersepit.

Difahamkan anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas untuk memotong mesin itu.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");