Jenayah

Mengaku tidak salah miliki bahan letupan

MARAN: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan memiliki bahan letupan buatan sendiri, November lalu.

Mereka, S Ramesh, 40, K Muthumuniswaran, 30 dan D Gunalan, 42 didakwa memiliki bahan letupan berupa dua ketulan besi aluminum petak yang telah diubahsuai di tempat letak kereta Cawangan Pengangkutan IPD Maran di sini, pada jam 10.30 pagu, 23 November lalu.

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Noor Syafiqa Noorinda.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusof menawarkan ikat jamin RM7,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam mewakili Ramesh dan Muthumuniswaran, R Kannan memohon ikat jamin dikurangkan memandangkan kedua-dua anak guamnya itu tidak bekerja.

Begitu juga peguam mewakili Gunalan, J Gunamalar memohon jaminan dikurangkan atas faktor sama.

Majistret, Nur Syafiqah Noorinda kemudiannya membenarkan ikan jamin sebanyak RM3,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan sebutan semula kes pada 13 Februari depan sementara menunggu laporan kimia.

Kes dikendalikan di bawah Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahril Poddin itu dibuat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000, atau kedua duanya sekali.

November lalu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi, berkata kumpulan itu disyaki terbabit dalam kes meletupkan mesin ATM di Dungun, Terengganu pada awal September lalu membabitkan kehilangan wang tunai kira-kira RM320,000.

“Turut sama dirampas ketika penahanan suspek ialah dua unit bahan letupan buatan sendiri,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");