Jenayah

Mewah jual pil

Johor Bahru: Dua lelaki dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di pusat hiburan sekitar daerah ini sejak tiga bulan lalu, dicekup polis dan merampas 5,000 pil disyaki Eramin 5 serta 980 pil disyaki Ecstasy.

Mereka yang tidak bekerja dan berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan antara jam 3 hingga 4 petang Selasa lalu dalam dua serbuan berasingan di Taman Mount Austin, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, bertindak berdasarkan maklumat pihaknya menahan seorang suspek di tepi Jalan Mutiara Emas 9/23, di sini.

“Hasil siasatan lanjut, pasukan itu membuat satu lagi serbuan di sebuah rumah di kawasan sama dan menahan seorang lagi suspek sebelum menemui dan merampas 146 gram serbuk putih disyaki Ketamin serta alat penimbang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek pertama yang ditahan di tepi jalan dipercayai dalam proses mengedarkan dadah berikutan jumlah dadah yang banyak ditemui bersamanya.

Lukas berkata, semua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM166,100 dan dipercayai ia cukup untuk menampung 6,000 penagih sekiranya terlepas ke pasaran.

“Siasatan kita juga mendapati bekalan dadah ini dipercayai diperolehi mereka dari sekitar negeri ini serta utara Semenanjung,” katanya.

Menurutnya, dengan tangkapan yang dibuat, polis turut menyita wang tunai RM6,100 dan S$1,524 (RM4,777) serta dua kereta mewah, Audi A3 dan Mercedes Benz C200 dengan nilai keseluruhan rampasan RM209,925.

“Hasil semakan, kedua-dua suspek ini tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing mereka juga didapati negatif dadah.

“Seorang suspek ditahan reman lima hari manakala seorang lagi tujuh hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah,” katanya.

Sementara itu, Lukas berkata, dari Januari hingga Rabu lalu, 16,828 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah selain pelbagai jenis dadah dirampas dengan anggaran berat 796.8 kilogram (kg) yang bernilai RM26.19 juta.

“Kita ingin mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menyalurkan kepada polis menerusi talian Hotline IPK Johor di talian 07-2212999,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");