Membawang Hari Ini

Minat masih ada

Pelakon Ainina Ahmad B menceburi bidang lakonan pada usia 18 tahun dan popularitinya melonjak pada tahun 90-an.

Dia dikenali menerusi siri slot drama Spektra iaitu Pendekar, Jaguh-Jaguh dan Sepakat Bawa Berkat yang disiarkan di TV1 serta Mawar Untuk May dan Denak di TV3.

“Saya mula berlakon pada usia 18 tahun dan mulanya tampil sebagai pelakon tambahan untuk filem Mr Os.

“Kemudian barulah saya ditawarkan berlakon drama Denak yang sedikit sebanyak memperkenalkan saya kepada peminat.

“Seterusnya saya berlakon dengan HVD Production sehingga timbul dakwaan mengatakan saya pelakon residen produksi itu.

“Sebenarnya saya tak terikat dengan mana-mana produksi dan bergerak bebas dalam industri. Drama Mawar Untuk May melonjakkan nama saya,” katanya mengimbas kenangan.

Menurutnya lagi, status sebagai anak kepada pelakon Ahmad B bukan satu laluan mudah untuknya bergelar pelakon kerana dia tetap menjalani uji bakat seperti orang lain.

“Bagi saya pembabitan dalam lakonan adalah kenangan manis yang akan diingati sampai bila-bila. Lagipun saya berlakon kerana minat dan bukan kerana mengejar glamor semata-mata.

“Tak dinafikan bapa saya dikenali ramai tapi itu bukan lesen untuk saya dapat tawaran berlakon dengan mudah.

“Lagipun kalau saya buat tak bagus, peminat takkan terima lakonan saya. Jadi saya kena bersaing dengan pelakon yang ada dengan tunjukkan lakonan terbaik,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini, Ainina atau nama sebenarnya Ainin Ahmad, 46, mengakui lebih senang menumpukan perhatian terhadap perniagaan berbanding lakonan.

“Saya masih minat berlakon tapi masa tak mengizinkan kerana perlu fokus pada bisnes serta dua anak iaitu Nur Arieana, 14, dan Nur Ara Elisya, 7.

“Saya tak boleh tinggalkan anak lama-lama. Lagipun saya kena tengok watak kerana adakalanya tak sesuai.

“Baru-baru ini saya menjayakan telefilem Bella dan tampil sebagai ibu angkat yang garang. Saya jarang dapat watak begini.

“Ikutkan macam tak sesuai saya bawa watak jahat tetapi cuba juga buat yang terbaik. Alhamudlillah ramai penonton beri maklum balas positif,” katanya.

Ainina kini menguruskan syarikat membuat papan tanda gergasi dan produk kecantikan serta kesihatan sendiri, Gorgeous Candy.

“Peniagaan papan tanda gergasi saya berkongsi dengan seorang rakan manakala produk kesihatan milik saya sendiri.

“Saya bersyukur dengan apa yang ada dan hidup bahagia bersama anak-anak.

“Paling menggembirakan apabila ada peminat terutama di luar bandar masih kenal saya dan tetap menyapa apabila terserempak di mana-mana.

“Saya juga selesa dengan kehidupan sekarang kerana bebas bergerak ke sana sini tanpa jadi tumpuan ramai seperti dulu,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");