Sukan Hari Ini

Misi buru tempat

Kuala Lumpur: Kelompok ranking 10 hingga 15 dunia menjadi sasaran utama pemain perseorangan negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin (gambar) untuk kempen tahun depan yang disifatkannya lebih mencabar.

Selaku satu-satunya pemain negara yang mempunyai prospek untuk meraih ranking lebih tinggi selain Datuk Lee Chong Wei, Iskandar amat berharap sasaran itu dapat direalisasikan.

“Sasaran saya sama seperti apa yang dimahukan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) iaitu cuba berada di ranking 15 terbaik atau lebih bagus di 10 terbaik dunia,” katanya.

Bagi memenuhinya hasrat itu, Iskandar amat berharap dapat mempamer prestasi lebih baik berbanding sepanjang kempen tahun ini.

“Harap pengalaman beraksi di kejohanan besar seperti Siri Super tahun ini dapat membantu saya untuk menjadi pemain lebih baik pada tahun depan.

“Banyak perkara yang perlu diperbaiki terutamanya daripada segi kecergasan fizikal saya sendiri dan teknik permainan yang baik pada perlawanan sebenar,” katanya.

Bermula di ranking ke-51 pada awal tahun ini, Iskandar perlahan-lahan memperbaiki kedudukan selepas mempamer keputusan memberangsangkan terutama di kejohanan besar seperti Siri Super.

Antara yang paling diingati ialah kejayaannya mara sehingga ke separuh akhir Terbuka China serta Taiwan.

Iskandar juga mengekalkan status pemain perseorangan kedua terbaik negara selepas Chong Wei yang unggul di ranking pertama dunia.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");